Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, bekalan air di kesemua 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 3:00 pagi, pada Khamis.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri, pihaknya menzahirkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual tersebut.